iPhone / Android Apps

 Dr Tan Cheng Bock Apps

Sign Up for News &Alerts

Sign up to get latest Updates & Alerts about Dr Tan Cheng Bock

Sign Up Now!

Nomination Day

>

Follow Dr Tan @ Twitter


Mr. Feedback

“Whoever steps into the job would probably find Dr Tan —fondly and simply known as “Doc” to many — a hard act to follow. In his four years as the Unit’s first and only chief so far,the MP for Ayer Rajah has so established his credibility that he has come to stand for Feedback with a capital F and to personify the Unit in the eyes of the public”

The Straits Times
4 February 1989

Read more


 

Champion for the Underdogs

“He is indeed a very busy man,but he remains approachable. One of the most remarkable characteristics of his personality is his dauntless spirit of fighting for the underdogs.

His involvement with the disabled came at a time when accessibility to public places for the disabled was an issue of public attention.

While most people in public service would only pay lip-service in support of a barrier-free society,Dr Tan was prepared to put his money where his mouth is. He is an ardent believer that deeds speak louder than words.”


The Handicaps’ Digest
HANDICAP WELFARE ASSOCIATION

Dr Tan Cheng Bock’s message to Singaporeans in Malay

Saudara-saudara setanahair,

Saya ialah Dr Tan Cheng Bock.
Saya ialah calon anda bagi
Presiden Terpilih.

Meskipun saya ialah seorang doktor perubatan,saya juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Syarikat CHUAN HUP HOLDINGS Limited dan DREDGING INTERNATIONAL ASIA PACIFIC PTE LTD,dan menjadi seorang Pengarah bebas bagi syarikat ING Private Bank Asia. Saya juga telah mengetuai Kumpulan Parlimen Eropah Singapura dan Kumpulan Parlimen Asia Tenggara. Saya turut mewakili Singapura dalam ceramah dan perbincangan diplomatik mengenai Eropah dan Asia termasuk China &Jepun.

Saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang doktor di perkampungan Ama Keng,supaya dapat lebih dekat dengan warga biasa. Sebagai seorang doktor,saya telah mendengar dan mengongsi segala impian dan perjuangan warga Singapura lalu memutuskan untuk menyertai politik dan menjadi Anggota Parlimen bagi kawasanundi Ayer Rajah selama 26 tahun.

 

Di Parlimen,saya telah memperjuangkan nasib anda dan menyuarakan dengan bersungguh-sungguh agar perkara-perkara berikut dapat dilaksanakan:

•    Membolehkan kenderaan diletakkan secara percuma pada hari Ahad
    dan Hari-hari Cuti Umum,kerana saya yakin ia sesuatu yang baik untuk
    interaksi sosial dan keluarga.
•    Membolehkan Wang CPF digunakan bagi pendidikan peringkat tinggi
    untuk membuka lebih banyak peluang kepada warga muda Singapura.
•    Mengadakan lebih banyak katil di kelas C bagi orang-orang miskin di
    hospital-hospital susun semula.

Apabila saya mendapati ramai warga Singapura yang kehilangan pekerjaan mereka pada tahun 1999,saya telah memperjuangkan nasib warga Singapura  dengan menggesa pemerintah supaya melembutkan Polisi Bakat Asing dan mengusulkan pemerintah agar MENGUTAMAKAN WARGA SINGAPURA DAHULU. Saya turut bersuara demi anda,untuk menentang skim Anggota Parlimen yang Dilantik (NMP),kerana mereka bukanlah anggota-anggota yang dipilih oleh rakyat.

Saya memahami bahawa Rakyat Singapura ingin melihat pemisahan jelas antara Pemerintah  yang berkuasa dengan jawatan Presiden. Ini memang seharusnya demikian. Ia adalah penting bagi Presiden untuk mempunyai integriti dan kebebasan minda untuk memastikan kerjasama yang jelas dengan Pemerintah. Seorang Presiden bukan sahaja perlu dilihat sebagai pemikir yang bebas tetapi harus benar-benar bebas. Saya yakin saya boleh melakukannya.

Peranan saya dalam dunia korporat,selaku pengarah bebas bagi syarikat-syarikat besar,telah melengkapkan saya  dengan pengalaman bagi memantau simpanan-simpanan Negara (CPF,Temasek,GIC Investments),hasil kerja keras anda. Tetapi kita perlu lebih daripada kepakaran sahaja. Kita perlukan ketelusan,kebertanggungjawapan dan kebebasan minda yang sebenar untuk menjaga rizab kita. Kita harus berani bertindak jika dirasakan langkah ini perlu dan saya akan melakukannya.

Warga Singapura ialah keutamaan saya. Kawasan Istana harus dibuka lebih kerap kepada warga Singapura supaya mereka boleh menikmati keindahannya. Saya juga akan meluangkan masa untuk berinteraksi dengan warga Singapura. Saya akan bekerja rapat dengan badan-badan kebajikan untuk melanjutkan usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Kini ada tanggapan bahawa warga Singapura semakin berpecah-belah. Saya mahu merapatkan jurang ini. Saya harap saya dapat menggunakan jawatan presiden saya sebagai tokoh yang dapat menyatukan kesemua rakyat daripada pelbagai aliran fahaman politik,bangsa,bahasa,agama dan budaya.

Saya adalah sebahagian daripada anda. Saya akan bersama-sama anda dan anda boleh menaruh kepercayaan kepada saya untuk menjaga rizab anda tanpa rasa takut ataupun menyebelahi sebarang pihak.

Undilah.untuk pembaharuan. Undilah saya sebagai Presiden anda.

Leave a Reply