iPhone / Android Apps

 Dr Tan Cheng Bock Apps

Sign Up for News & Alerts

Sign up to get latest Updates & Alerts about Dr Tan Cheng Bock

Sign Up Now!

Nomination Day

>

Follow Dr Tan @ Twitter


Mr. Feedback

“Whoever steps into the job would probably find Dr Tan —fondly and simply known as “Doc” to many — a hard act to follow. In his four years as the Unit’s first and only chief so far, the MP for Ayer Rajah has so established his credibility that he has come to stand for Feedback with a capital F and to personify the Unit in the eyes of the public”

The Straits Times
4 February 1989

Read more


 

Champion for the Underdogs

“He is indeed a very busy man, but he remains approachable. One of the most remarkable characteristics of his personality is his dauntless spirit of fighting for the underdogs.

His involvement with the disabled came at a time when accessibility to public places for the disabled was an issue of public attention.

While most people in public service would only pay lip-service in support of a barrier-free society, Dr Tan was prepared to put his money where his mouth is. He is an ardent believer that deeds speak louder than words.”


The Handicaps’ Digest
HANDICAP WELFARE ASSOCIATION

Presidential Candidate Broadcast Dr Tan Cheng Bock–Malay Texts

Saudara-saudara ku se Tanah Air

Nama saya ialah Dr Tan Cheng Bock.

Saya menawarkan diri saya sebagai Presiden yang dilantik.

Saya memulakan kerjaya saya sebagai doktor perubatan di Ama Keng, sebuah kampung kecil di Lim Chu Kang. Orang-orang dibawah jagaan saya adalah rakyat biasa, bekerja kuat tetapi mempunyai pendapatan yang kurang mencukupi.

Hingga hari ini, saya masih teringat ketika mereka mengongsi impian mereka dangan saya, untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik.

Mereka telah berkongsi dengan saya, harapan mereka agar setiap orang, lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, tidak kira bangsa atau agama, akan mempunyai peluang yang sama bagi mendapatkan peluang pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Mereka berharap dengan bekerja keras, mereka dapat memberi masa depan yang lebih cerah bagi orang-orang yang mereka kasihi.

Mereka telah berkongsi dengan saya suatu harapan bahwa setiap warga negara dapat bekerja-sama dan bantu-membantu bagi mendapatkan kedamaian dan kemakmuran.

Saya telah menyuarakan impian rakyat jelata di Parlimen selama 26 tahun. Impian ini masih terpahat di hati mereka termasuk saya.

Rakyat mahukan keadilan dalam hidup mereka dan keadilan dari para pemimpin.

Rakyat mahukan para pemimpin bertanggungjawab, tulus dan bebas. Mereka juga mahukan Presiden yang dapat menyatu-padukan Negara, maka ini mendorong saya mengambil keputusan untuk bertanding untuk jawatan Presiden.

Seorang Presiden seharusnya bebas dari pengaruh politik.

Beliau seharusnya tidak mewakili sebarang parti politik. Beliau seharusnya memikirkan tentang kepentingan kebangsaan, dan tidak menanamkan kepentingan politik di minda.

Sejak kebelakangan ini, terdapat keinginan yang kian meluas bagi perbezaan antara Pemerintah dan pejabat Presiden. Ini adalah kerana Presiden sepatutnya memberi tumpuan untuk menjaga Simpanan negara, dan perlantikan jawatan-jawatan penting perkhidmatan awam.

Saya setuju dengan pandangan ini.

Sekarang ini Presiden negara dan Perdana Menteri menginap dibawah satu bumbung dibangunan Istana.

Untuk mengukuhkan pendirian saya tentang kebebasan Presiden, saya sarankan operasi pemerintahan di pindahkan dari Istana ke lokasi lain.

Jabatan PMO dan kabinet tidak seharusnya di bawah yang sama dengan Presiden. Ini bagi mengelak syak wasangka tentang pengaruh politik keatas Presiden.

Saya kira ini adalah keputusan yang wajar dan betul untuk kepentingan rakyat.

Saya percaya rakyat kita mempunyai kematangan politik untuk membuat penilaian sewajarnya.

Ini bukanlah perkara luar biasa. Sebagai contoh, Cina dan India mempunyai Ketua Negara dan jabatan-jabatan Pemerintah dibangunan berlainan.

Perpisahan ini adalah baik dan sihat bagi keyakinan orang ramai. Ini boleh menguatkan lagi keyakinan rakyat tentang kebebasan antara kuasa Presiden dan Pemerintah.

Jabatan Presiden dan Pemerintah tidak seharusnya dilihat dibangunan yang sama. Di bawah Perlembagaan, kuasa mereka adalah berlainan. Maka itu kita harus pisahkan mereka.

Ini memerlukan perancangan dan kerjasama dari kedua pejabat berkenaan.

Kemudian, saya hendak mengeratkan lagi ketelusan jawatan Presiden. Saya akan memperkenalkan Kanyataan Tahunan agar rakyat dapat menimbangkan samada Presiden melaksanakan tugasnya bagi melindungi Simpanan Negara, Simpanan CPF, perlantikan perkhidmatan awam, kegiatan kebajikan dan rancangan pengenalan kebangsaan dalam bidang seni, sekan dan kebudayaan. Rakyat jelata berhak mengetahui samada Bond-bond khas Pemerintah yang mengawal simpanan CPF anda berada dalam keadaan selamat atau tidak. Kenyataan ini tidak akan mengandungi sebarang maklumat rahsia.

Ini adalah Negara anda. Wang simpanan Negara adalah wang anda. Pemerintah dan Presiden berkhidmat untuk anda. Jadi anda berhak mengetahui kedudukan wang simpanan Negara.

"Adakah saya layak menerima undian Anda?"

Saya faham bahawa setiap calon Presiden akan diragui. Ini memang seharusnya demikian. Kerana Anda adalah paling layak membuat pilihan untuk Ketua Negara.

Saya percaya, setelah memegang jawatan ketua di sektor awam dan Pemerintah, saya dapat berdiri tegak, melaksanaakan tugas dan dapat undi keyakinan anda.

Ketika dalam Pemerintah selama 15 tahun, saya telah berkhidmat sebagai Ketua Kumpulan Parlimentari Eropah Singapura dan Kumpulan Parlimentari Asia Tenggara. Saya telah mewakili Singapura di dalam dan di luar negara.

Saya juga telah mendapat penghormatan ber-interaksi dengan rakyat seperti anda, mendengar pandangan anda selaku Ketua Unit Maklumbalas, serta selaku Anggota Parlimen kawasanundi Ayer Rajah.

Sepanjang 26 tahun berkhidmat untuk anda, saya tidak pernah mengelak untuk berjuang untuk anda.

Di Parlimen, saya telah dengan lantang bersuara menentang polisi Pengambilan Pekerja Asing dan menekankan kita harus memberi keutamaan mengambil pekerja-pekerja tempatan dahulu.

Ini berlaku pada tahun 1999, bila ramai rakyat kehilangan pekerjaan.

Saya juga telah bersuara menentang skim Anggota Parlimen yang Dilantik, kerana mereka tidak diundi oleh anda, Rakyat Singapura.

Selama beberapa tahun, saya telah berjuang seorang diri dan berjaya:-

- mendapatkan lebih banyak katil-katil kelas ‘C’ di hospital-hospital awam

- dibenarkan anda menggunakan wang CPF bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak anda;

- mendapatkan perletakan kereta percuma pada hari Ahad dan hari-hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai menzirarahi keluarga.

Baru-baru ini, saya telah meletakkan jawatan dari Hospital Awam Jurong kerana membantah keputusan yang tidak wajar untuk menamakan hospital itu atas nama seorang usahawan kerana keluarga beliau menderma sepuluh peratus perbelanjaan keseluruhan kos pembangunan.

Hampir 90% perbelanjaan bangunan telah disumbang oleh rakyat jelata yang membayar cukai. Ini secara prinsipnya adalah salah.

Selain dari perkhidmatan awam, saya juga memegang jawatan dalam badan korporat tempatan dan badan korporat antarabangsa.

Walaupun saya berkelulusan doktor perubatan, saya mempunyai pengalaman selama 20 tahun dibidang korporat. Saya telah menjadi Pengerusi Chuan Hup sejak 1991. Dan sejak 1997, saya juga telah menjadi Pengurusi syarikat DIAP, salah sebuah anak syarikat lombongan terbesar di Eropah. Saya juga telah menjadi Pengarah Bebas ING Asia Private Bank, salah sebuah anak syarikat perbankan terbesar di Eropah.

Dengan kepakaran dan pengalaman ini, saya amat yakin dan menjaga dan mengawal wang Simpanan Negara, samada wang simpanan CPF, Temasek Holdings dan GIC.

Saya juga akan memastikan hanya orang-orang yang benar-benar berkelayakan akan dilantik untuk jawatan penting.

Akhir sekali, saya berharap dapat menggunakan pajabat Presiden ini sebagai Tugu Penyatuan bagi kesemua rakyat Singapura. Tidak kira aliran politik, bangsa, bahasa dan agama. Saya akan melakukan tidak menerusi politik, tetapi memberi tumpuan khusus kepada kepentingan kegiatan masyarakat seperti kebajikan, sukan, kebudayaan dan kesenian.

Satu daripada cara untuk menyatu padu rakyat adalah kegiatan-kegiatan berbilang kaum. Ini adalah penting bagi menyatu padu rakyat.

Kita tidak boleh lupakan bahwa Singapura adalah tanahair untuk semua bangsa, dan hubungan keharmonian ini tidak boleh dipandang ringan.

Saya berpegang teguh bahwa kepercayaan tidak datang bergolek. Saya rasa terharu bila penduduk Ayer Rajah memberi kepercayaan dengan memberi undi 88% dalam pilihan raya 2001.

Saya juga berharap anda akan memberi kepercayaan dan undi saya, supaya saya dapat berkhidmat kepada seluruh rakyat Singapura, selaku Presiden anda.

Ini adalah satu penghormatan dan satu penghargaan.

Saya telah menjadi sebahgian dari anda. Saya dapat merasakan kepercayaan anda untuk menjaga dan mengawal wang simpanan nagara, tanpa rasa takut atau memberi layanan istimewa kepada sebarang pihak.

Marilah kita bina sebuah Singapura bersama sama.

Marilah kita beri keutamaan kepada rakyat Singapura.

Undilah untuk Perubahan

Undilah saya selaku Presiden anda.